Thursday, March 10, 2011

Terapi Berkuda

Terapi Berkuda adalah aktiviti terapi yang menggunakan kuda sebagai medium untuk memperbaiki kelemahan atau kecacatan dan meningkatkan keyakinan diri seseorang terutama murid-murid pendidikan khas yang mempunyai kepelbagaian masalah dari segi mental dan fizikal.

Pusat Ekuin, Darulaman Park, Jitra
Prosedur Terapi
1. Murid diperkenalkan dengan perkara yang melibatkan terapi
    • Kuda
    • Alat keselamatan
    • Aspek-aspek keselamatn
      • tidak dibenarkan berada di belakang kuda kerana dikhuatiri kuda akan terkejut dan boleh menyebabkan individu tersebut ditendang.
2. Murid dinaikkan di atas kuda
3. Murid dibenarkan untuk menyelesakan dan menyesuaikan diri di atas kuda.
4. Murid dibawa berjalan di atas kuda. Murid perlu menyeimbangkan diri semasa berada di atas kuda dengan bantuan tenaga profesional.

Mula-mula nak naik kuda ni takot bebenor laa
Kebaikan:
1. Meningkatkan keyakinan diri.
2. Meningkatkan sistem otot fizikal dalam mengekal keseimbangan semasa di atas kuda.
3. Memberi keseronokkan dan kelainan dalam proses P&P.
4. Meningkatkan fungsi otak dan minda untuk berfikir.
5. Mengurangkan tekanan dan stress murid-murid.
6. Meningkatkan kemahiran sosial dan komunikasi di kalangan murid-murid dengan orang luar dan masyarakat setempat.

No comments:

Post a Comment