Tuesday, January 29, 2013

Kerepek Pisang Bersira Sambal


Assalamualaikum dan selamat sore a.k.a petang…
Pada petang ini, aku telah mendapat lesen daripada mak untuk me'renovate' kerepek pisang tanduk yang telah dibuatnya sebentar tadi..hehe

Aku sebenarnye teringin sangat nak makan kerepek bersira sambal…
Tak kira la kerepek jenis apa pon…
Tapi nak ke kedai tu la malas…

Oleh hal yg demikian, aku buat je la sendiri…
Ermm…tapi tak kick macam yang jual kat kedai tu laa…

Takpe-takpe..
Yang penting dah dapat makan..kan...kan...
Saje nak berkongsi cara nak menghasilkannya tu..
Senang je…

Tak payah susah-susah aku nak pergi beli...
Memandangkan semua bahan telah pun tersedia di dapur dengan hanya menunjukkan nya dengan jari…
Hehe…

Bahan-bahan:
  1. Kerepek pisang ( yang ni dah tersedia, bila-bila aku tanya mak macam mana nak buat).

Bahan sira (sambal)
  1. Minyak masak
  2. Bawang merah (ditumbuk)
  3. Bawang putih (ditumbuk)
  4. Cili kering (dikisar)
  5. Air asam jawa
  6. Belacan (dihancurkan)
  7. Sos cili
  8. Gula (nak kena banyak)
  9. Garam
  10. Ajinomoto

Cara nak buat:
Panaskan minyak dalam kuali yg bersesuaian. Tumis bawang merah dan bawang putih. Bila dah garing, naik bau, masukkan cili kering. Dah masak masukkan gula, garam, ajinomoto secukup rasa. Belacan dan air asam jawa juga. Masa nak masukkan tu hancur-hancurkan kan la belacannya ye. Bila semua nya dah masak dan sebati. Rasa la sikit..kot-kot ada yang kurang dari segi rasa nya kan. Kalau dah ok, masukkan la kerepek kita tadi..gaul smpai rata. Masa tu, api kecil je ye. Takut terhangit pulak bahan sira kita tu tadi.

Selesai...ini la hasilnya...

boleh la jadikan kawan masa tengah tengok-tengok cerita kat TV tu



Sunday, January 27, 2013

Penuhi Hari Dengan Berkesan


Hari ini hari Sabtu...
Aku penuhinya dengan baik sekali pada hari in…
Walaupun bukan la kerja yang boleh mendatangkan pendapatan…
Tapi boleh mendatangkan ketenangan dan juga ke'best'an…huhu ayat ape ni…

Pagi-pagi lagi aku dah basuh baju…angkut air kat parit...haa..ini tipu...
Siap basuh baju aku sarapan…
Alhamdulillah…
Allah bagi kami rezeki yang secukupnya…
Sarapan bihun goreng dan jugak kuih ketayap…

Selepas tu, aku belek-belek balik pola buat kain yang aku jumpa kat goggle…
Dan sudah pun di study malam sebelum nya...
Sape-sape nak blaja jahit...
Blog ni memang sesuai sangat-sangat dan lengkap…


Aku belajar menjahit untuk sampel dulu…
Aku harap kalau sampel jadi, yang baju dan kain betul jadi lah…
Tolong laa...plezz…...hehe…
Bukan apa…nanti dah pandai buat baju...boleh la aku buat sendiri..tak payah hantar tempah kat orang…

Mula-mula belajar buat pola dulu…
Ukuran-ukuran dan langkah-langkah yang dibagi cukup senang dan mudah faham…
Antara pola-pola yang aku dah buat…

  1. Kurung moden
  2. Kain duyung
  3. Kain lipat batik
Ermm…memang senang…
Mungkin sebabnya sampel je kot…
Nanti tengok yg sebenar macam mana pulak…harap-harap jadi laa kan…Aamiin...

Opss..pagi tadi ni, buat kain lipat batik je…
Pastu aku keluar jalan kat halaman keliling rumah ni…
Segarnya bau kampung...
Lame dah tak rasa angin pagi..
Walaupun aku hari-hari ada je kat umah..
Nyaman rasanya…

...FRESH…

semuanya berkaler hijau

Baru aku perasan...
Bunga pukul 10 yang aku petik pokoknya (macam pokok balak je bunyinya) kat rumah acik aku di Tanjong Karang...
Dah mula membuahkan hasil…dah ada bunga…cantik dan sweet sangat…
Warnanya tu buat aku jatuh cinta…

Ohh...aku jatuh cinta…

Ini la bunga-bungaannya...
Aku rasa teruja gile…

oren, pink, purple & purple mix putih

Habis pusing-pusing rumah…
Aku posing pulak dengan adik aku..AMILA...hehe

Amila & Amalina

Siap melawat kawasan umah…
Aku sambung mejahit.......sampel je…haha…
Smpai la ke petang…
Sampai la ke malam…

Antara yang sudah aku hasil kan…

Kain Duyung @ Loceng

Kurung Moden (badan nya je laa)

Kain Lipat batik yang salah ukuran

Boleh laa…terbentuk la jugak…
Nanti yang betul-betul, harus jadi macam ini jugak tau…
Tak nak la yak jadi…
Okay…okay…okay…

Sekian hari ini yang telah dipenuhi sebaik mungkin…

Friday, January 25, 2013

Bagai Melukut di Tepi Gantang

23 Januari 2013...
Tarikh yg ditunggu2 oleh pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG)...
Sebab nya...dari perkhabaran anginnya mengata kan...
Pada tarikh ni bakal-bakal guru ni akan tahu keputusan penempatan bagi guru SK pulak...
Tapi hr yg ditunggu2 rupa nya menghampakan ramai jgk laa...
Positif kn diri...
Mungkin ada hikmah disebalik semua yg berlaku...

Friday, January 18, 2013

Syukur


Petang-petang macam ni, keje aku memang berehat je la…
Walaupun dah tido lama tengah hari tadi…
Memang, mengalahkan orang kepenatan membuat assignment tak tido malam…
Takpe…positif…
Akan datang belom tentu aku dapat lagi menikmati suasana senang hati macam ni kan…

Sebenarnya…penempatan guru-guru posting dah pon diketahui…
Tapi nye…
Untuk sekolah jenis kebangsaan (SJK) je…
Sekolah kebangsaan (SK) belom lagi…

Dan secara ringkasnya…
Nama aku belom lagi tersenarai…
Itu takpe kalau tak tersenarai dalam kumpulan SJK...
Aku lebih risau yang mana………huuu…tak sanggup aku nak kata…
Semoga Allah permudahkan lah urusan aku…

Niat aku selain nak mengajar dan mendidik murid-murid…
Aku nak tolong mak ayah aku…
Ringankan beban dorang yang dah menjaga aku dari kecik…
Pastu nak majukan lah diri aku…
Ada harta sendiri…teringin nak ada itu dan ini…
Membuat itu dan ini…
Kereta dan rumah sendiri…
Tak lah lagi aku asik membuat muka kesian kat mak ayah aku…
Mintak dana kehidupan…

Apa-apa pon yang berlaku mesti ada hikmah nya…
Aku boleh terima lagi buat masa ni…
Sekurang-kurangnya aku dapat meneruskan belajar menjahit di kelas jahitan yang baru je bermula semalam iaiatu 17 hb…
Dan yang paling penting…aku gembira, seronok dan bahagia..hehe
Sebabnya, aku mudah..senang untuk menerima apa yang diajar kepada aku…

ALHAMDULILLAH…

Semoga apa yang aku belajar, boleh lah aku guna untuk diri aku sendiri dan juga mak ayah aku…
Maksudnya…
Nak tempah baju nanti, tak payah la kat orang lain..
Aku kan ada…
Jadinya, boleh lah mak aku tu kurang-kurang kan baget untuk bayar duit upah pulak…

Akhir kata…
Aku harap, aku dapat bekerja dan dipostingkan menjadi seorang guru dan juga dapat menamatkan kelas jahitan aku tu walaupun kemahiran yang aku dapat hanya membuat baju kurung biasa…

INSHAA ALLAH…

Wednesday, January 16, 2013

Sulam Nama Simple

Huh! dulu...HAHA
bukan ape...
penat pulak hari ni...
dah lama tak merasa perasaan penat...

hari ni, aku keluar jugak dari kepompong dan udara yang sama di dalam rumah...
sebab nya nak pegi cari kerja...
bukan cari kerja bergaji...
tapi kerja untuk memenuhi masa yang lapang...
hari ni, pegi daftar kelas menjahit di bengkel kemas dekat je dengan rumah aku...
kalau jalan kaki sampai jugak tapi kena bermandi peloh dulu laa..tak sanggop den..hikhik..

lepas tu, pergi ke pekan menguruskan hal kewangan di bank...
walaupun tak berapa nk berduit, tp menguruskan duit orang..
merasa la jgk pegang duit kn...
pastu, g merayau dulu kat pekan..
time tu la aku jumpa hobi baru yang lama...hah??!! ayat apa kau pakai ni...

dulu aku suka buat benda ni...
untuk kegunaan sendiri dan juga menambah pendapatan semasa masih di alam persekolahan...
apa benda la agak nye kan..ish3...

Ni la bnde nya...



yang ni versi menegak







dari balik dari pekan aku asik membelek benda ni laa..
sampai mak aku kata...
macam budak2...
takpa aih..
ceq tak kesah...

oleh itu, pada sesiapa yang berminat nk memiliki, boleh la order pada saya...

melintang
MAX : 7 HURUF
MIN : 3 HURUF
1 - 5 huruf : RM 3.00, 6 - 7 : RM 3.50

menegak
MAX : 4 HURUF
MIN : 2 HURUF
1 - 2 huruf : RM 2.50, 3 - 4 huruf : RM 3.00

benda ni boleh dibuat keychain untuk kegunaan sendiri, contoh letak kat pendrve sebagai tanda nama untuk pendrive tu kn...
atau cenderahati kepada sesiapa..
contohnya, guru pelatih yang dah habis praktikum tu, boleh lah hadiah kan kepada murid sebagai tanda ingatan...

untuk order, emel la saya...a.alynaatika@gmail.com...